Monday, January 12, 2009

love is such a memoir..


love triangle


"papa! nak ice cream.." daniel yang baru sahaja 5 tahun berlari-lari ke arah papanya yang baru saja balik dari bekerja. pembantu rumah kelihatan sibuk menyiapkan minum petang. si ibu pula entah menghilang kemana, mungkin shopping di kedai berhampiran membeli barang-barang keperluan rumah.

"eish budak ni aku nak rehat jap pun tak bleh." danny, 24 tahun, menjadi bapa diusia yang agak muda memang bukan mudah. walau bagaimanapun, hari demi hari mengajar danny erti tanggungjawab.

"bagi duit je kan ok. daniel beli sendiri pun boleh! tak siapa pun suruh papa ikut.." icecream cone di tangan daniel dijilat dengan lahap.

"budak ne.. tak padan dengan badan, mulut dah pandai biadap. bagi balik icecream tu!"

"buek! ingat senang ke nak ambil balik?" daniel menjelir lidah comelnya sambil cuba untuk lari dari papanya..

BAK!

"oh my god! budak ne buat hal pula!" daniel terlanggar pejalan kaki di taman itu dan telah mengotorkan baju perempuan itu. baju yang hijau terang kelihatan kecoklatan dan tidak dapat dihilangkan sekadar dilapkan dengan tisu.

"adik hati-hatilah lari tu kan dah jatuh icecream tu.." daniel hampir-hampir sahaja menangis, takut dimarahi papanya.

"perempuan tu.." dalam hati danny berkecemuk bukan kerana baju yang kotor itu tetapi sesuatu yang lebih perit daripada itu.

sesuatu yang terjadi 5tahun lalu, ketika masih lagi di menengah 6 atas, yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi peperiksaan alevel menjelang.

"woit Dan! apasal selalu escaped kelas? periksa besar tak lama lagi tau" dahlia adalah girlfriend danny. mereka memang loving couple yang menikmati setiap saat bersama. memang percintaan selalu ada pasang surutnya. dahlia dan danny juga tidak terkecuali. bergaduh kerana perkara-perkara kecil sampai mengatakan kata 'putus' sudah menjadi kebiasaan. tetapi tak lama selepas itu, sambung balik.

"alah kalau dah 2-3 kali failed test, failed juga. belajar sampai tua tak kemana juga!" danny ambil endah tak endah.

"ehh kalau kau tak pass mock exam nanti awas!" dahlia cuba memberi amaran. "jangan harap kita jumpa lepas ni faham tak!"

"are you trying to dump me?? ok! kalau betul aku tak pass, kali ni jangan harap kita nak jumpa, telefon pun jangan!" danny ego tidak bertempat.

BAM!! bunyi pintu berdentum memecah kesunyian di bilik itu. kelihatan mata dahlia berair dan berlalu pergi dari situ..

"Lia!" danny cuba memanggil, dahlia terus saja menghilang. danny cuba menelefon handphonenya tetapi dimatikan. memang kali ini danny benar-benar diduga. di kolej juga, dahlia tidak kelihatan, dia sepertinya mengelak daripada danny. tak apalah perempuan ini tak dipujuk pun tak apa kata hati danny.

keputusan mock exam telah dikeluarkan! hati danny berdebar! ketika melihat keputusannya, danny hampir-hampir sahaja pitam. seperti yang dijangkanya, dia gagal! ditambah lagi dahlia. kalau dulu mereka putus 4-5hari kemudiannya sambung semula tetapi kali ini sudah melebihi 1 minggu! danny telah benar-benar mengecewakan hati dahlia. danny masih mencintai dahlia dan sangat-sangat merinduinya. segala SMS tidak dibalas. email tak terkecuali. MSN chat juga tidak kelihatan. apa sahaja daya danny untuk cuba menghubungi dahlia gagal. danny cuba untuk pergi kerumah dahlia tapi takut-takut sahaja dia dimarah. akhirnya danny hanya mendiamkan diri sepi.

"hey dan, semenjak dua menjak ne moody je ne.. esok malam club adventure kita ada party la jom la buang boring. i will introduce to someone. dahlia dah tak nak kau la!" dexter sahabat karib danny sejak sekolah rendah lagi. mahu tidak mahu danny terpaksa pergi ke party tersebut kerana dia president club itu. dia juga agak sunyi apa salahnya mengembirakan diri sendirikan?

"hai danny, im diana! betul la awak ne handsome betul! awak ne popular di sekolah, tau tak? tapi awak jarang kesekolah sebab tu saya tak tahu siapa awak." diana menghulur tangan tanda persahabatan. selepas sahaja party itu, diana selalu sahaja mengisi kekosongan danny. bertukar-tukar nombor handphone tempoh hari, diana selalu telefon. dia memang seorang friendly dan baik. kesunyian merindui dahlia walaupun tidak dapat ditukar ganti, dapatlah membuat danny tersenyum. sekadar senyum adakah itu disifatkan curang kepada dahlia? danny masih mencintai dahlia itu yang pasti. cuma tidak tahu pula dahlia.

"danny boleh tak awak jadi boyfriend saya?" suatu hari ketia bertemu, diana menanyakan soalan keramat itu. danny serba salah. patutkah dia mengecewakan diana selepas diana menjadi pengubat kerinduannya kepada dahlia? baru 2 minggu berkenalan, bertemu pun hanya beberapa kali, diana sudah berani-berani mengucap 'i love you'. danny cuma tersenyum mengiyakan tidak., menidakkan pun tidak. dia tidak memberi kata putus. tidak lama kemudiannya, hubungan diana dan danny semakin mesra. diana selalu saja membawa danny kerumahnya. keluarga diana juga menyukai danny. ketika ibubapa tiada dirumah, diana juga berani-berani membawa danny kerumah, tidur dengannya! danny sebenarnya tidak pasti adakah ada perasaan cinta kepada diana? dahlia masih lagi terawang-awang di ingatannya.

suatu pagi, bell rumah danny berbunyi. 'ahh mungkin diana nak bawa jalan ne agaknya!' dalam hati danny. apabila membuka, DAHLIA terus memeluknya sambil menangis tersedu-sedu.

"i missed you danny! please lepas ni jangan sebut-sebut putus ok. i cant live without you!" danny cuma terdiam kekeliruan! danny nekad dia mesti membuat keputusan. dia mesti tidak boleh berhubung dengan diana lagi kerana cintanya hanya pada dahlia. dia menghubungi diana sebaliknya diana memang juga mempunyai berita yang ingin disampaikan.

"Danny im pregnant! im so sorry.. saya memang tahu awak tak cintai saya tapi saya yang bodoh ni yang tergila-gila mengoda awak! saya tak salahkan awak sedikit pun jika awak putuskan saya."

kaki danny bagaikan longlai saja mendengar berita yang mengejutkan itu. cinta sejati atau tanggungjawab?? ahh gila betul! ini benar-benar telah mencabar sanubarinya.

"i boleh buang.."

"No! no please jangan sebut! itu bukan salah awak seorang saja ok. honestly speaking memang aku tak cintai kau pun but i will be responsible! aku bukan lelaki tidak bertanggungjawab ok! mungkin aku akan mencintai kau dengan adanya baby itu nanti" selepas kata putus itu, secara automaticnya cintanya kepada dahlia terputus untuk selama-lamanya, kali ini bukan main-main lagi. danny berasa bersalah yang amat kepada dahlia. dahlia cuma membisu. adakah dahlia memaafkan danny?? jawapan itu masih tergantung-gantung sehinggalah kini bertembung kembali...

"eh kau danny kan?? daniel ne anak kau?? patut handsome macam kau! hehehehe~" selepas menanyakan nama kepada daniel, dahlia telah membelikan icecream yang baru untuknya.

"lia, sorry la susahkan awak pula. actually saya memang nampak awak dari tadi tapi tak berani approach. lama tak jumpa ya?"

"lia?? wow dah lama tak dengar panggilan tu. lama tak jumpa? lame lah soalan kau ni! mestilah lama. kenapa lama approach aku?? kau masih rasa bersalah ke?? takpe aku dah lupakan perkara tu pun. darah muda memang macam tu. eh eh sejak bila kau sopan-sopan dengan aku ni? dulu cakap sorry pun jangan harap! kau banyak berubah la danny! kurus sikit tapi still handsome macam dulu. hahaha~"

"awak tu yang tak ubah macam dulu. happy-go-lucky habis!" danny cuma tersenyum selepas itu. terasa agak kekok untuk memulakan sebarang topik perbicaraan.

"mama! jom pegi kfc. papa dah tungu di keretalah!" seorang budak perempuan kecil menarik-narik blouse dahlia.

"jap la dania. ni mama jumpa kawan lama mama, dah lama tak jumpa. salam uncle ni." dania yang kira-kira muda setahun dari daniel itu kelihatan mature sekali. "ok danny, daniel aku pergi dulu ya. jangan lupa contact-contact ok! number handphone aku masih sama." danny terharu dengan sikap dahlia itu. memang dia adalah orang yang disayangi dulu itu yang membuat danny tertarik kepadanya. tetapi itu hanyalah kenangan lama. past is past. cinta danny ketika ini hanyalah diana dan daniel. memang selepas kejadian itu, danny cuba sedaya upaya menutup cintanya kepada dahlia sehingga kini terus hampir-hampir melupainya. danny lega!

"ah sayang dari mana tu? balik kerja, belum tukar baju, belum mandi, terus jalan eish!" diana sibuk mengeluarkan barang-barang dapur dari plastik. "daniel comot betul la anak mama ne. kan mama cakap jangan selalu makan icecream nanti buruk gigi! ah sayang, sini kejap jangan escape. i know you buy icecream for daniel right? takkan dayang (pembantu rumah) kot! kat mana tadi ni baru balik?"

danny cuma tersenyum nakal. patutkah dia menceritakan peristiwa yang cuma beberapa minit tadi??

Ed's review: maybe some of e-readers says 'yuck! love story??' hehehe i dont mind plang. dis prove dat im versatile in evry kind of topics! love story aka cerpen ( short form -> cerita pendek) ne my speciality plang ne banarnya. tapi you know i dont have experience bkinta-kinta so i dunno cana urang melayu ne bkinta! (if ada kurang dmaafin ya, still bagi la comment bawah wat part i should improve) durang ne slalu berahsia lyk me penah tanya cana kamu jumpa n evrtin lyk dat they said adaler.. boring karang kawin sama jua basar2an nya! yata im using BMS (Bahasa Melayu Standard) atas as yata tu. macam nda saiz mun diubah cakap melayu brunei eg: aku bana bana kan kau! hahahaha! its ur fault not sporting with me tym me btanya! hey did u noticed smua character atas smua initial letter with D?? danny, daniel, dahlia, diana, dania, dexter n jap ja blakun dayang.. hehehe sengaja me planng! ne th yg copyright me ne.. sapa2 kan copy paste ceta atas im not allowed it ok. if i found somehow anywhere, just bear da consequences later! majal jua copy paste mesti buat writer EDCHARMD ok just dat.. nda payah bayar2..

No comments:

Post a Comment