Tuesday, February 17, 2009

love is a puzzle of life..


you are the missing piece to MY puzzle..


namaku rachel. aku paling benci hari valentine. kenapa setiap 14 februari sahaja baru nak orang berpusu-pusu membelikan hadiah coklat dan bunga rose untuk kekasih huh?? aku sangat fobia dengan hari ne! setiap hari ne banyak syarikat-syarikat goodies dan bunga kaya-raya dengan memperkotak-katik duit mereka untuk membeli barangan mereka.. rose yang biasanya $2 dinaikkan $4-$6 sekumtum pun sanggup dibeli demi cinta konon. bodoh betul!

"morning boss! wah cantik bunga.." seorang pekerjanya menegurnya. huh kalau kau nak tahu bunga ne aku beli sendiri tahu tak! tahun-tahun yang lepas pun sama juga! aku cuma tersenyum dan lekas-lekas pergi ke pejabatku. gila betul! hari ne terutama sekali pekerja perempuan banyak menerima teddy bear, coklat dan bunga yang besar-besar jambangannya.. hampir penuh semua barang-barang itu di meja ofis.. ada yang bercinta sesama pejabat sudah berbincang-bincang pagi-pagi buta mahu ke mana ketika lunch nanti..

sebaik masuk ofis cepat-cepat aku menutupnya takut pecah tembelang pula yang aku ne sebenarnya tak ada boyfriend! bukan aku tak ingin bercinta tapi perempuan macam aku ne siapa berani mengorat?? kelas elite, kereta sport, rumah besar. bukan tidak pernah dingorat tapi kebanyakannya bukan taste aku. kriteria lelaki yang aku suka ne dah tak banyak di dunia ne. handsome dan kaya tu je. aku taklah memilih sangat tapi kalau dah handsome tapi tak bekerja takkan aku pula terhegeh-hegeh nak bagi duit kot?? ada yang bekerja status pun ok tapi muka entah apa-apa macam tongkang pecah, aku reject terus.. ada yang mempunyai dua-dua kriteria nak jadikan aku bini no2, gila ingat aku kemaruk nak kawin?? senak je aku fikir banyak-banyak, baik aku tumpukan kerja lagi berfaedah.

"hishh puzzle bodoh ne lagi!" dalam hatiku. aku malas melayan benda-benda yang tak mendatangkan faedah ne! aku lontarkan sahaja dalam bekas kaca diatas mejaku itu. pasu itu dibelikan pekerja aku jadi dialah yang suggest masukkan saja puzzle tu dalam bekas tu nampak cantik katanya.. pernah juga aku terpikir nak buang je tapi nampak kosong pula bekas tu. so simpan je la. sehingga hari ne bekas itu sudah hampir penuh dengan puzzle-puzzle tu! "rajesh boleh hantarkan fail yang diaudit semalam tak saya nak periksa." aku bercakap di intercom. beberapa minit kemudian datang pekerja aku yang bagi aku pasu tu dan menyerahkan fail itu.

"dah makin banyak la boss puzzle ne, cantik la" kemudiannya rajesh meminta diri keluar.

"kejap sebelum awak keluar, siapa yang masuk pejabat saya pagi ne??"

"tak tahu lah boss. sayalah yang paling awal sekali datang ofis ne dari officemate lain tapi tak pula saya nampak siapa-siapa masuk."

"bukan awak yang beri ke puzzle ne??"

"tak adalah boss. pasu tu je. kenapa boss ada apa-apa ke??"

"takpe la. ok sambung keja awak ok." aku berasa hairan. takkan hantu yang beri kot?? setiap hari satu puzzle akan diletak di atas meja. kadang-kadang tu geram juga tapi bukan bersepah-sepah pun. sekarang ne entah sudah beratus puzzle diletakkan dalam bekas kaca itu. aku menelaah fail yang diberi tadi dan melihat memasukkan data-data yang patut di dalam lappy. kerja punya kerja tak sedar dah tengahari. aku menjengok keluar. wow! baru beberapa minit waktu lunch, semua dah kosong.. mesti dorang dah makan mana-mana. aku pergi saja pantry ofis je la. tak nak aku makan restoran! jalan mesti sesak! dan meja-meja restoran pun mesti didecorate untuk couple seat je! benci betul!

mana pula biskut cheese ne.. hemm! eh eh bau asap rokok la! siapa merokok di pantry pula ne.. hish macam takde peraturan langsung! aku menoleh di belakang hampir terkejut beruk aku dibuatnya! ofis boy tu memang dah lama peratikan aku! cemana pulak aku tak perasan tadi. "hey awak ne pekerja baru ke kat sini ke?? kan dilarang keras merokok di sini. nak kena buang kerja ke??" pernah dulu seorang pekerja seperti ofis boy itu dibuang kerana merokok kerana asapnya itu telah membunyikan alarm keselamatan so automatically air terpancut keluar. habis semua basah. semua komputer terpaksa diganti. ini belum termasuk paperwork yang rosak dek air hish memang teruk la. nasib baik ofis boy yang memerhatikannya tu membuka tingkap tapi still salah sebab kan ke pantry tu berhawa dingin?? hish! muka aja handsome perangai teruk! kalau CEO tengok habis lah kau.. baju entah apa-apa. department mana tak tahu pula aku..

"tak adalah rach. dah hampir setahun sini. perempuan macam awak mana pandang orang macam aku kan?? heheh~" dia tersengih..

"eyh cemana kau tahu nama aku?? eyh baik kau berhenti merokok nanti apa-apa aku tak resposible ok!" tersedak aku mendengar nama yang suatu ketika dulu dipanggil kawan-kawan persekolahan itu tetapi sengaja mengelak dari mengingatnya.

"ala kan kat pintu kan ada nama awak. emm nah!" sebuah kotak kecil yang bersalut cantik. dalamnya entah apa-apa mungkin prank kot??

"apa ne??" aku melihat ofis boy itu. handsome betul! sinaran matanya bagai 'menarik' aku. aku hampir saja 'divacuum' oleh mata itu. tapikan kenapa aku tidak rasa kekok bila berjumpa lelaki itu. serasa bagaikan sudah lama kenal suatu masa dahulu?? tapi dimana ya?? aku dengan rajesh sekalipun cuma rapat sebagai orang atasan dan bawahan sahaja. aku jarang bertegur sapa dengan sesiapa ditambah lagi aku ada ofis sendiri lagilah aku payah chat sama officemate! boring kan perempuan macam aku?? pentingkan kerja saja siapa lah nak kan aku??

"nanti kalau tak busy boleh tak jumpa saya kat sini lagi. hari ne saya yang pegang kunci locked office." aku terima saja hadiah yang diberikan sebab memang aku dah KEMARUK nakkan hadiah masa ne! yes aku jealous ok! tapi pelawaan tu??

"tak tahulah busy ne. nanti nak buat resume meeting lagi. kot kot esuk pagi baru siap! paling lambat pun pukul 12 tengahmalam ne baru siap. sorry eyh!" aku terus saja berlalu dari sana. nervousku datang! gila hes not my taste ok! tapi kenapa hatiku berkata 'kau ne terlalu memilihlah! lelaki tadi tu tak cukup ok ke??'

aku cuba hilangkan nervousku membuat kerja depan lappy aku. beberapa jam sudah berlalu, resahku bagai tak mahu hilang! aku masih terpikir mengenai insiden tadi.. aku betul-betul tak concentrate! apa yang special sangat lelaki ne?? cuma ofis boy! apa kata orang kalau dia tu is my perfect guy?? apa pandangan orang?? itu semua tak penting tapi kenapa lelaki tu sepertinya ada semacam connection yang sudah lama terhubung suatu ketika dahulu??

runsing betullah! baik aku main puzzle ne! mungkin aku terlalu stress dengan kerja ditambah dengan hari yang malang bagiku ini! susah betul la jigsaw ne tapi banyak membantu aku melupakan dunia ne dalam sekelip mata.. emm HEY!! kenapa puzzle ne ada muka aku?? kalau tak salah ini gambar terakhir adventure club kami dulu! aku hampir habis menemukan kepingan-kepingan puzzle itu sehingga "AIK?? mana pula satu lagi ne?? dah hilang ke??" aku mencari di sekeliling, di bawah fail tetapi tidak menjumpai! aku perhatikan gambar jigsaw itu, oh baru aku teringat sekarang! suatu ketika dulu.....

"sorry aku tak dapat terima hadiah burung kertas ini la.. aku tak nak ada sebarang hubungan ketika ini sebab alevel dah hampir.. aku nak concentrate.." balang yang berisi lipatan burung-burung kertas berwarna-warni ini ku serahkan semula.

"rach please lah saya dah lama sukakan awak. hampir seminggu saya tak tidur belajar buat burung ni tahu tak.."

"maaf lah. saya pergi dulu" aku tak nak bercinta ketika masih lagi belajar! itulah prinsip yang ku pegang sehingga hari ni. mungkin TUHAN sudah memberi balasanNya kepadaku sekarang tapi salahkah aku pentingkan KARIER untuk kepentingan aku sendiri??

"tak apa lah! saya akan beri awak hadiah permainan lain sehingga awak akan terima! rach boleh tak saya tanya awak satu soalan??"

aku tidak berasa selesa mengenai 'ancaman' itu tapi aku berasa kesian melihatnya "apa dia??" aku seakan malas sudah memedulikannya lagi.

"kalau setahun ada 365hari bagaimana pula tahun lompat??"

"ahh?? 366 hari kenapa??" aku hairan mendengar soalan itu.

"oh tak ada apa-apa. heheh~ saya tahu awak ni pintar dan akan faham suatu hari nanti" dia cuma tersengih. aku tidak faham maksud itu sehingga kini. sudah hampir terpadam memoriku itu dibenakku! rupanya setelah ku kira secara rawak itulah jumlah puzzle yang diberikan ada 366 termasuk the missing jigsaw! baru aku teringat mungkin hadiah kecil ini, aku mengagak!

memang betul! muka yang tiada banyak bezanya dulu dengan sehingga sekarang.. muka yang tidak pernah putus asa untuk aku. aku banyak sekali mereject pemberiannya ketika di bangku sekolah dulu. dia tidak pernah mengacau tapi memang dia tak pernah serik-serik membagi bermacam-macam hadiah. dia memang setia memberikan aku pelbagai permainan. tak syak lagi dialah orang yang sama ketika di pantry tadi!

"ROBERT!!" ku lihat jam sudah berlalu beberapa minit pukul 12. hari valentine yang ku benci sudah tiada lagi! curse ku sudah terhapus! tapi biar betul first date ku cuma di pantry?? aku tidak boleh memilih sekarang! yang penting lelaki yang menunggu ku itu bukan menunggu cuma beberapa jam tetapi sudah beberapa tahun!



Ed's review: huhuhu~~ wat an ending! lelaki ne memang dicipta untuk wanita. even nabi adam yang dulunya tinggal di syurga yang serba-serbi sempurna pun rasa sunyi tanpa hawa disisi eceh! bdw i felt so gay when creating this story yuck! but i have to be open to any type of writing.. lagi tia ada some writers have to belajar ballad bini untuk menjiwai komiknya ah! no matter how hard it is well thats just life isnt it?? bdw IM NOT GAY! i likes GIRLS ok! n sengaja ku buat character yang benci v-day! you know the reasons right?? mun inda baca previous post ok.. characternya as my trademark semua huruf R sma la. nanti ada S, W ntah sikit baru cerita me ah! if one day more than 100 stories wa jual ia eyh! hehehehe yg penting hope you e-readers enjoy my stories! coming up next?? emm ntah ahh video kali or updates..

1 comment: